- Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf di atas kelewatan kerja2 ‘updating’ blog. Kesulitan amat dikesali disebabkan faktor2 yg tidak dapat dielakkan -
Pada episod kali ini, kami ingin memaparkan aktiviti terbesar LD selepas berehat Hari Raya tempohari pada 09 Okt 2009.
Kami telah dijemput untuk memeriahkan lagi TATIuc Autoshow sempena Hari Konvokesyen TATIuc yang ke-3. Terima kasih kami kepada pihak TATIuc kerana memberi peluang kami untuk mempersembahkan ‘Drift Show’ buat julung2 kalinya pada masyarakat tempatan.
Ianya juga turut disertai wakil dari WYM Drift Academy. Terima kasih kerana bersama2 kami.
Semuanya berjalan dengan selamat dan berjaya. Terima kasih kepada member2 LD yang turut sama menjayakan ‘Drift Show’ itu. (Berkonvoi dan Pit stop kru).
Diharap, kita dapat bertemu lagi pada TATIuc Konvokesyen yang ke-4.
Inilah gambarannya:
Videonya:
- Under Construction -
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Adalah dgn ini diberitahu, Demo Drift sempena TATIuc 3rd Konvokesyen;
Tarikh: 09 Oktober 2009- Jumaat
Tempat: TATI Universiti College, Teluk Kalung,Kemaman.
Masa: 10 pagi hingga 12.30 petang.
Persembahan demo: Lekordriftt dan WYM Drift Academy.
Jadi,kpd sesiapa yg berminat / berdekatan dgn area Kemaman adalah dijemput hadir utk menyaksikan sendiri Demo Drift tersebut.
———————————————————————————————————————————————–
PEMBERITAHUAN (2):
Adalah dgn ini diberitahu, sesi pertama utk WYM Drift Academy (kelas Basic Drifting) akan bermula;
Tarikh: 10 Oktober 2009 - Sabtu
Tempat: Teluk Gadung sebelah UITM Dungun.
Masa: 9 pagi hingga 6 petang.
Tenaga pengajar: Kelab DrifArt Pro Drifter Kuala Lumpur.
Jadi,kpd sesiapa yg berminat / ingin menyertai Akademi Drift / berdekatan dgn area Dungun adalah dijemput hadir utk menyaksikan sendiri sesi pertama itu.
Untuk sesi pertama ini,penyertaan telah ditutup kerana max peserta hanyalah 4 org shja untuk 1 sesi. (mungkin akan ditambah bergantung atas permintaan)
Jika berminat,anda bolehlah mendaftar segera untuk sesi ke-2 yg belum ditentukan tarikhnya lagi. Siapa cepat dia dulu..
Pendaftaran boleh menerusi telefon 01-993-993-93 / datang sendiri ke Kedai Tayar GoodYear W.Y.M (Wan Yusoh Mohmud) Batu 48 Dungun (sblum Hospital Besar Dungun,kalau dari Paka)
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Pada 15 Ogos 09 yang lepas, WYM Goodyear Dungun telah melancarkan Akademi Drift WYM untuk mereka yang berminat memulakan asas2 sukan drift.
Akademi akan dijalankan oleh tenaga pengajar professional yang dijemput khas oleh Akademi Drift WYM. Ia juga sebagai satu langkah untuk memperkenalkan lebih dekat lagi sukan drift di sekitar Pantai Timur. Memandangkan senario sukan drift di Malaysia semakin berkembang maju, LD percaya akademi tersebut dapat mencungkil bakat2 baru dari Pantai Timur.
Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka Dungun, WYM dengan kerjasama Drift-art team telah mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk membuat Demo Drift. Ianya telah diadakan di Dataran Merdeka Dungun. Sambutan yang hangat dari VVIP dan masyarakat telah menjadikan Demo berjalan dengan dengan meriah.
Inilah kali pertama pendedahan secara terbuka aksi drift di daerah Dungun. LD berharap agar aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi sebagai salah satu aktiviti riadah untuk masyarakat di Dungun.
Terima kasih kepada WYM Goodyear Dungun,Drift-art dan Majlis Perbandaran Dungun kerana membuka ruang buat peminat sukan drift. LD memang sudah lama mengharapkan aktiviti sebegitu.
Buat mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Akademi Drift WYM, bolehlah menghubungi:
Faisal (WYM Goodyear), 019-9399393
Maklumat senarai kereta dari Drift-art; A31 Nissan Cefiro, S15 Nissan Silvia dan RX7 Mazda.
Maklumat kereta akademi drift WYM; KE70 Toyota Corolla (4AGE 16V engine)
lekordrift.com
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Pada 24 Julai 09 lepas, pihak TOCC telah beramai2 datang menyerang trek LD. Dengan kekuatan 23 buah kereta, mereka telah berkonvoi dari Kuala Terengganu. Fuhh…macam nak berperang bila tengok diorang berkonvoi.
Ini adalah kali pertama mereka berkunjung ke trek LD untuk sesi latihan dan suai kenal. Lebih kurang jam 3.30 petang, mereka telah sampai.
Namun begitu, cuma beberapa buah kereta sahaja yang telah membuat sesi latihan. Sesi kali ini telah menggunakan format Lekordriftkhana. Ia juga sebagai ‘Special Trial’ untuk Lekordriftkhana event.Mereka telah menyambut baik format tersebut.
Sesi latihan bermula jam 4.30 petang dan telah berakhir jam 6.30 petang. Alhamdulillah, program berjalan dengan selamat dan tiada apa2 insiden yang berlaku.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada pihak TOCC yang sudi bertandang,bersuai kenal lebih dekat lagi dengan Lekordrift dan mencuba trek Lekordriftkhana. Kami berharap agar suasana begini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Mungkin kita akan berjumpa pada event yang sebenar nanti. InsyaAllah.
Juga terima kasih kepada kru2 LD yang bekerja kuat bagi menjayakan aktiviti tersebut.
Kami pun tak nak cakap banyak. Layan gambar dan videonya…Arioss…
lekordrift.com
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Pada 17 Julai 09 lalu, secara privasinya 2nd trial untuk event produk LekorDriftKhana telah selamat dijalankan.
Kali ini ia bertujuan untuk untuk mendapatkan laluan trek yang betul2 sesuai berbanding pada 1st trial yang lalu. Kehadiran seramai 3 orang dan ia berjalan dengan lancar. Cuma sebuah kereta sahaja yang terlibat untuk 2nd trial.
Trek telah dipersetujui oleh Presiden. Rancangan selepas ini adalah untuk menjemput/ menerima lawatan dari team luar untuk tujuan trial dan kesesuaian.
Rancangan yang terdekat ialah menerima lawatan dari pihak Drifter K.Terengganu (Team TOCC) pada 24 Julai 09. Trial khas untuk LekorDriftKhana dari pihak TOCC dijangkakan pada hari tersebut .
Terima kasih kepada member yang terlibat pada 2nd trial tersebut (Drifto Zona-Zambrota, Drifto Rodeo-Kazami dan Drifto Scooby-Duwe)
Jumpa pada episod akan datang iaitu Trial Khas bersama TOCC.
Jom layan apa yang ada pada 2nd trial dari LD. Arioss…
www.lekordrift.com
Video ekslusif pada hari tersebut. (pandangan dalam kereta)
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Memang agak sibuk dalam bulan Jun yang lepas. Maklumlah, kilang tempat kami bekerja melakukan penyelengaraan major. Kerja pun masuk shift. Drift pun kena freeze sebulan
Fuhh lega. Sekarang dah boleh drift balik. Lepas la gian…:-)
Pada 3 Julai yang lepas, LD praktis kembali dengan perasaan yang segar bugar. Secara tertutup, praktis basic buat team LD. Kali ni ianya dibuat mengikut format sebenar basic drift dan ia dilakukan secara formal. Ini kerana, kami mementingkan kemahiran drift mengikut asas yang sebenar sebelum maju ke stage yang lebih mencabar. Apa yang penting ia direkodkan dalam fail LD.
Kali ini, kami melatih ahli yang baru menerima kepulangan KEnya dari N.Sembilan-Mr. Kifli (Drifto Otai). Secara keseluruhannnya, beliau dapat memulakan sesi latihan dengan baik walaupun ianya tidak dapat diteruskan kerana masalah teknikal. Beliau, telah mendapat sokongan yang semangat dari ahli keluarga. (satu MPV turun trek)
Manakala Halim (Drifto Killo) tidak dapat meneruskan dari awal sesi kali ini kerana masalah water pump. Namun, kami respect dengan semangatnya yang berkobar2.
Terima kasih kepada Halim (Drifto Killo), Kazami (Drifto Rodeo) dan Zambrota (Drifto Zona) kerana kehadiran pada hari tersebut.Serta krew2 UG Garage. Jumpa lagi pada praktis seterusnya.
Layan….
GAMBAR TERBAIK HARI TERSEBUT (Pit kru cilik LD !!!)
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Selepas mengkaji,menilai dan memerah idea, akhirnya kami berjaya menguji ‘prototype’ produk terkini Lekordrift. - LEKORDRIFTKHANA !
“LEKORDRIFTKHANA Info -
1) Ia memberi peluang kepada beginner2 drifter yang menggunakan enjin ’standard’ untuk beraksi dan mencari pengalaman dalam event drift.
2) Mengasah skill asas drift dalam bentuk format event.
3) Treknya yang direka khas agar memberi cabaran dan menguji tahap penguasaan yang maksimum buat mereka2 yang berkemahiran tanpa memerlukan sebuah kereta yang berkuasa tinggi.
4) Sebagai satu alternatif buat drifter2 standard yang berasa tercicir dengan format2 event drift yang berada di pasaran kini.
5) Sebagai satu tapak permulaan untuk drifter2 mengasah bakat terpendam dan memasuki event2 dan liga2 drift di Malaysia.
6) Ianya berdasarkan format Autokhana, tetapi ia lebih kepada aspek drift dan markah pada ‘angle’ di setiap drift point.
Pada 16 May lepas, bertempat di Trek LD, Lekordriftkhana Trial Session berjalan dengan lancar. Namun begitu, terdapat juga beberapa masalah dan insiden minor yang menguji naluri kesukanan para2 LD drifter. Tapi, objektif perlu diteruskan walau apa pun yang melanda. Chewahhh…
Ujian ini dibuat secara tertutup kerana faktor keselamatan dan kelancaran sesi ujian ‘prototype’ tersebut. Mereka yang terlibat ialah Harista, Kazami, Zambrota dan Halim. Terima kasih juga kepada VIP guest iaitu ahli keluarga drifter, Serol TNB dan Sheikh MPK kerana sudi meluangkan masa.
Hari tersebut juga merupakan sesi terakhir sebelum bercuti panjang kerana akan sibuk dengan xtvt Plant Turnaround (susah nak explain Inilah kerja kami).
Keseluruhannya, berjalan sempurna. Cuma sedikit malang untuk Harista kerana masalah teknikal kereta yang tidak dapat dijangka. Ia telah membantutkan sesi ujian buat Babil (Buah hati Harista).
Berjumpa lagi pada bulan Julai. InsyaAllah… 2nd trial Lekordriftkhana. Juga, Event Lekordriftkhana akan menyusul buat drifter2 Pantai Timur.
LAKARAN TREK SECARA CAKAR AYAM:
GAMBAR2:
VIDEO2 (maaf kualiti kurang menarik):
Kazami
Harista
Zambrota
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Pada 3 Apr 09 yang lepas, pihak kami secara tidak dirancang telah berjaya membuat liputan mengejut ke tapak latihan TOCC (Terengganu Oldschool Car Club) yang bertempat di Stadium SMZA, Kuala Terengganu.
Wakil LD yang telah membuat liputan ialah Kazami dan Zambrota. Walaupun ianya tidak dirancang, namun kehadiran kami telah disambut mesra oleh team TOCC. Terima kasih kepada Mr.Fizza, Mr.Ya dan lain2 yang kami temui. (Maaf kami tidak ingat nama semua ahli TOCC )
Sempat la juga kami mengambil beberapa foto sebagai liputan rasmi dari pihak LD. Setelah menyaksikan dan menikmati sesi latihan drift TOCC, kami bergerak untuk sesi TT sebagai penutup untuk liputan kami. Banyak info2 dan aktiviti2 terkini drift antara LD dan TOCC telah dikongsi secara interaktif melalui Laptop semasa TT tersebut. Juga event2 yang bakal berlangsung yang akan dianjurkan oleh TOCC. InsyaAllah, pihak LD akan cuba memeriahkan aktiviti sukan drift di Terengganu bersama pihak TOCC.
Akhir kata, terima kasih kepada pihak TOCC di atas layanan yang telah diberikan. Kami menghargai usaha kalian semua. Semoga drift terus meluas dengan suasana yang sihat dan bersemangat di Pantai Timur.
Kita layan foto2 semasa liputan tersebut:
Sesi Latihan
Sesi TT time (Teh Tarik)
Mr.Zakaria @ Pok Ya (baju merah)
Mr.Fizza
Bonus! Video Xklusif TOCC bersama crew ASTRO
LEKORDRIFT.COM
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.