LD Blog 12: Latihan Yang Pertama 2009.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jumpa lagi kita yerk!!! Apa cerita terbaru LD? Ni dia ceritanya…

Pada 28 Feb 2009, buat pertama kalinya dalam tahun 2009 sesi latihan berjaya dijalankan dengan jayanya. Tapi berbeza sikit kali ini. Sesi telah dijalankan secara ‘tertutup’. Khusus untuk ahli LD sahaja. Juga,tidak dibuka untuk tontonan umum. Ala2 privasi… :-) Di masa yang lain,kami akan adakan latihan secara ‘terbuka’ pula.

Memandangkan ianya secara tertutup, cuma 2biji kereta sahaja yang terlibat pada hari tersebut. Kereta Zambrota (Boboy) dan Harista (Babil). Latihan bermula seawal jam 10.00 pagi. Terbahagi 2 sesi. Sesi pagi dan petang. Pada sesi pagi, kami set trek pada Drift Attack style. Cuma Boboy saja untuk latihan Drift Attack. Babil pula sesi panaskan badan dan suaikenal trek. Maklumlah, ini kali ke-2 Babil masuk trek. Latihan sebelah pagi berjalan lancar dan Boboy dapat menyesuaikan dirinya dengan Drift Attack trek. Bolehla buat ‘Drift Show’ lepas ni :-)

 

Sebelah petang pula, latihan ditumpukan khusus untuk Babil saja. Babil yang bernadikan 4AGE dan dipacukan FWD (Full Welded Differential) telah memulakan asa2 drift dengan jayanya. Bermula dengan ‘Donut’ sehinggalah ke medium speed. Babil tidak menunjukkan kegugupannya. Malah, hari tersebut adalah hari ‘full blast’ untuknya. Kepuasan juga dirasakan oleh drifternya, Harista Drifto Setta.

Secara keseluruhannya, latihan berjalan lancar. Ditambah pula dengan supporter2 dari ahli keluarga yang datang memberikan sokongan moral.

Terima kepada team member yang lain walaupun mereka tidak dapat terlibat secara lansung pada sesi kali ini (Kifli Drifto Otai, Amri Drifto Datto, Duan Drifto Scooby)

Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung (Kazami Drifto Rodeo, Harista Drifto Setta, Zambrota Drifto Zona dan Halim Drifto Killo)

Terima kasih kepada supporter (Firdaus Otai Drifter KL + keluarga, Sheikh MPK + keluarga dan keluarga Zambrota). Buat Firdaus, banyak skill2 drift yang telah diperturunkan dan amat berguna untuk LD mempraktikkannya.

Sekarang, kita layan gambar dan jumpa lagi di episod akan datang. Ariosss….

p/s: Maaf,video tiada kerana masalah teknikal.

Gambar set-up trek:

 

 

 

Gambar Pit Stop:

Gambar Aksi:

Gambar Supporter:

Organizer Of The Day: 

lekordrift.com

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

No comments yet. Be the first.

Leave a reply