LD Blog 04: Dorifto break time…

 Agak lama kami bercuti dari xtvt latihan drift. Yela, mana tidaknya, our dorifto machine kini dalam proses menaik taraf spec. Cerita tentang keta Kazami, wawa (nama manja keta dia…) dia ada kat kuantan. Masih lagi dalam kerja2 ubahsuai chamber dan caster. Pastu ditambah lagi dengan kerja2 tukar ganti ‘differential’, tukar rim, kembangkan ‘makgat’, stereng rod dan macam lagi la. Pendek kata, macam2 hal la…. Rasa tak sabo nak tgk hasilnya. Nanti kalau dah siap, kitaorang tampal gambonya kat sini.

Keta aku (Zambrota) pulak, upgrade dari aspek aksesori je. Kata orang ‘rezeki anak2′, minggu lepas bende yg aku idam2kan telah menjadi milik aku. Apakah bende tu? “Lu pikir la sendiri……” (ungkapan kata2 Nabil Rajalawak). Sori gurau je, bende tu ialah ‘bucket seat’. Seat aku dapat secara tak dirancang tu…. Member kat tpt keje aku offer nak jual murah2 punyer. RECARO beb!!! Tanpa banyak soal dan budget yang dah ada, aku SEBAT dengan rasa yang ikhlas di hati. Hue..hue..hue…So aku dah ada bucket seat NOW. Satu lagi bende, stereng ‘quick release’. Kacuk dgn stereng MOMO offset aku, halamak! mcm tak percaya jer…

Sementara Boboy (nama manja keta Zambrota) menunggu Wawa pulang. Aku pun off dari training. Maklumlah,biasa berdua. Kini berkeseorangan. Air sampai kat kepala dah beb…..(faham2 jela) :-) So, kerja2 pembersihan interior body dilakukan. Segala kulit dan pelapik anti rust habis dibuang. Plan nak cat putih dan nak buat smart & simple mcm HachiRoku TDjan.

Itu cerita pasal keta. Cerita pasal kitaorang pulak, tadi baru je tgk tapak baru untuk training. Masih dalam stage proposal dengan tuan punya tapak. Kitaorang dah serahkan surat permohonan. So,tunggu dan lihat apa feedback mereka. Tempatnya? Kami rahsiakan dulu sebab ianya masih lagi dalam permohonan. Apapun,kalau jadik memang gempak beb….Boleh dikatakan agak luas tapak tu. Kita akan masuk ke Stage Medium Speed Drift dan actual drift track.

Ini adalah salah satu ‘Goal’ kami utk tahun 2008 iaitu mencari tapak luas utk training. Harap2 kami dapat capai target itu. Semoga ianya akan berjaya atas nama LEKORDRIFT. Memang banyak halangan2 dan sindiran yang kami lalui setakat ini. Apapun, semangat Dorifto Kamekaze takkan pudar sama sekali. Apa yang kami dapat lakukan ialah, kami akan sedaya upaya buat ‘derk’ aje dgn bende2 tu.

So, jumpa lagi lain kali dengan topik2 yang “Baikkkk Punyaaaa”. Jumpa lagi. Babai…
LEKORDRIFT.COM

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

No comments yet. Be the first.

Leave a reply