LD Blog 03: Sepetang bersama Kuantan Drifter.

 

Apa khabar kalian? Agak lama kami tidak mencoretkan apa2 jurnal di sini (cuti berehat…..) Apapun, semoga sukses dengan apa yang anda ada sekarang ini.

Pada 3 Mac 2008 yang lepas,dalam kesibukan tugas harian , sempat juga kami berjumpa dan bersuaikenal dengan beberapa orang drifter dari Kuantan. Bukan berjumpa saja, malah sempat juga melihat diorang training. Peluang yang ada ini tidak kami sia2kan. Beberapa gambar sebagai tanda yang kami dapat bawa balik dari sana.

Sebelum perjumpaan tersebut, kami hanya berkesempatan berhubung melalui telefon sahaja dengan mereka. Secara kebetulan juga Kazami ingin menghantar kereta kepada ‘pomen’ mereka untuk modify caster dan chamber depan (Chamber ‘Kangkang’). ‘Pomen’ mereka berkemahiran dalam mengubahsuai caster.

Walaupun tidak lama, kami telah dihidangkan dengan aksi drift dari mereka. Bermula dari ‘Donut’ hingga ke medium speed drift. Agak ramai juga ahli yang mereka ada pada petang itu. Itupun ada beberapa kereta yang tidak dapat datang. Apapun diorang memang o.k dan sempoi menyambut kehadiran kami.

Beberapa orang yang kami kenal ialah Mr.Ijan dan Panjang (pomen yang kami maksudkan tadi). Maklumat yang kami perolehi, mereka berdua sebelum ini telah lama dan banyak kali menyertai pertandingan ‘Time Attack’. Tidak hairanlah jika skill mereka agak ‘advance’ pada drift pula. Diorang inilah yang melakukan banyak aksi drift pada petang itu. Juga tidak ketinggalan member2 mereka yang lain.

Ia juga satu sejarah baru dalam LD Team untuk mencari dan meramaikan lagi drifter dari sebelah Pantai Timur. Dalam pada masa yang sama juga, dapat bertukar2 pendapat dari segi teknikal dan skill pemanduan.

Setelah hampir 2 jam kami berada di sana, kami berkonvoi pula untuk TT bersama. Walaupun dengan masa yang agak singkat, kami berpuas hati dengan perjumpaan tersebut. Terima kasih kepada Ijan dan rakan2 kerana sudi menyambut kehadiran LD Team ke sana. Harap2 dapat tambah lagi ahli LD Team (He..he..he..).

Semoga kami berpeluang untuk turun ke Kuantan pada masa akan datang. Akhirnya, beberapa objektif telah kami sempurnakan iaitu:

- Bersuaikenal dengan drifter Kuantan.
- Melihat mereka training.
- Menghantar kereta untuk modify chamber (Kazami punya kereta :-) )

Terima kasih,dari kami yang hadir ke sana:
1) Zambrota
2) Kazami
3) Rimau (LD Team advisor)

Oleh itu, saksikan apa yang dapat kami bawa dar sana. WALAWEI….

LEKORDRIFT.COM

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Comments

  1. madie
    October 16th, 2008 | 1:46 pm

    bila ko org nk bt open drift kt dungun

    MODERATOR: Kena cari member ramai dulu, baru boleh nak open table. Lagipun kitaorang biasa buat formal practice kat kerteh. Mehle turun LD Trek kat kerteh.

  2. admin
    November 24th, 2008 | 6:13 pm

    Madie, ko duk dungun ker?? kat mana? tinggal le no tel kat sini.
    kalau ada practice bleh kita org bagitau…

Leave a reply