LD Blog 02:Drifter LD Team.

Apa khabar para pengunjung? Semoga sukses ari ini…

 Ini adalah episod ke-2 LD blog. Kali ini kami ingin dedahkan secara official Drifter LD Team. Di LD Team,kami masih lagi belum mempunyai drifter yang ramai. Buat masa ini,2 orang sahaja yang bergerak secara serius membawa panji perjuangan DRIFT di area kami. Walaupun begitu,mereka yang menyokong perjuangan ini,sungguh membanggakan LD Team.
Di Terengganu,jarang kami ketemui drifter2 yang aktif. Agak susah kami mencarinya atau terserempak. Di internet pun,takde pulak mana2 team yang ada Web rasmi cerita pasal drift kat area Pantai Timur. Takpelah,harap2 dengan adanya Weblog kami ini,lebih ramai drifter dari P.T akan menonjolkan diri.
Usaha mencari dan mempromosi sukan drift di P.T akan kami cuba laksanakan. Kalau ada rezeki,kami akan jemput team2 otai drift malaysia ke ke P.T. Contohnya seperti Angle-D5.
Baiklah,kita lupakan dulu senario itu.Apa kata kita berkenalan dengan drifter dari LD Team…

  • Drifter Pertama

BIODATA DRIFTER:
Nama: Khairul Azmi Mahat a.k.a Kazami
Umur: 28 thn.
Asal: Bukit Katil,Melaka.
Status: Berkahwin.
Tahap peguasaan Drift: BEGINNER.
Komen mengenai sukan drift: Sukan Drift ialah ‘Extreme’, itulah yang saya suka. Secara tak langsung ia juga meningkatkan kecekapan tahap pemanduan harian saya menjadi pemandu yang lebih yakin dan berdisiplin. ” DRIFT A STEP AHEAD !!!”

BIODATA KERETA:
Model: Datsun 140Y.
Kod chassis: B310.
Tahun buatan: 1980.
Kapasiti enjin: 1.4 liter Stock Std with modified.
Kod enjin: L14.
Spesifikasi Drift: Fully Welded Differential and hard lowered.

  • Drifter Kedua

BIODATA DRIFTER:
Nama: Zamanee Aman a.k.a Zambrota
Umur: 28 thn.
Asal: Kota Tinggi,Johor.
Status: Berkahwin.
Tahap penguasaan Drift: BEGINNER.
Komen mengenai sukan drift: “DRIFT, inilah masanya tahap skill pemanduan saya dicabar”. Ia bukan cerita tentang kekuasaan enjin semata2,Tetapi gaya kawalan kereta yang berseni dan indah. DRIFT ‘R’ US….

BIODATA KERETA:
Model: Toyota Corolla KE70 liftback.
Kod chassis: KE
Tahun buatan: 1980.
Kapasiti enjin: 1.3 liter Stock Std with modified.
Kod enjin: 4K   .
Spesifikasi Drift: Fully Welded Differential and hard lowered.

________________________________________________________________________________

Anda semua kini sudah berkenalan dengan LD drifter. Itulah jentera2 kami yang membawa kami ke dunia DRIFT. Nanti kita berkenalan lebih lanjut tentang latar belakang kami dan keluarga pada episod LD Blog 03: Kazami dan Zambrota life.
Saksikan pose2 menarik dari LD team car yang mana penggambaran ini dibuat disuatu tempat yang ‘misteri’. Apa yang penting, kereta drift ini yang telah menyambut kepulangan kami dari angkasa. (Lihat lah roket yang besar itu) Enjoyyyyy……..

LekorDrift.com

 

 

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Comments

  1. AE86
    February 9th, 2008 | 1:28 am

    Ganazz…ganazz..ganazz…ini sudah meletup!!!
    Kasi gegar Pantai Timur dengan roket-roket tu sekali…
    Bravo..syabas.

    MODERATOR: Thanks….takdelaa seGANAS GANAZZ….sikit2 je…cukup2 makan je….Tapi kalau roket tu meletup,memang gegar satu Pantai Timur…he..he..he…
    Bravo too..

  2. Turbo
    February 9th, 2008 | 1:31 am

    Wahhhhhh…kagum aku.Kau bergambo kat ne? Kat NASA U.S ke?
    Apapun.respek dgn semangat lu orang.

    MODERATOR: NASA malaysia da……

  3. Pantera
    February 10th, 2008 | 12:48 am

    Lawa keta kau orang erk….spoiler yang kat keta TOYOTA tu mana dapat? Sesuai dgn keta tu…kalau ada lagi,kabo laaaa…(serius buyer).
    Good job LD!!

    MODERATOR: Takde la lawa sangat..sekadar buat cuci mata je…Anyway thanks Pantera.
    Spoiler tu aku dapat dari penjual di Shah Alam. Tgk kat D.C.M forum,aku sebat terus tanpa banyak soal. Susah nak dapat woooo…dah siap modified,just plug and play jee..Dia kata only ‘1′ in Malaysia..betul tidak,aku pun taktau.
    Janji aku dh sebattttttt…..yahuuuu…….
    Nanti kalau ada lagi aku iklan kat sini key…

  4. Nismo
    February 11th, 2008 | 7:22 pm

    Hue..hue..!!!
    Itu nissan bila mau masuk turbo…?

    MODERATOR: Tu kena tanya Kazami… Mi,jawab soalan tu erk!

  5. mr. parangterbang
    February 14th, 2008 | 4:09 pm

    weee laaaaaa weeeeeeeee….
    mantap la lu org punye jentera… jales gua… gua rasa satria gua nak je buat drift.. tp jalan undur la.. hahhaa… gua pun tgh nak cari kete2 otai nih… tgu time je.. ok la pe pun gua sentiasa soport lu org punye blog…
    anip kirim salam… kete dia dah nak siap… dia nak join lu org team… nanti gua suh dia ambik gambar kete kasi lu org tgok… ok cau

    MODERATOR: Waalaikumussalam to Anip. Kan dah ada satria drift. Kete WANBRA kan satria….Mr.P.T, kalau dah dapat cekup keta ‘otai’,kabo la kat kitaorang. Terharu dgn pengakuan kau nak fulltime support LD. isk..isk..isk.. Anyway tq..tq..tq..
    Keta anip dah siap apa?

  6. March 10th, 2008 | 10:40 pm

    Pehhh!! Cantik tu!!!

    MODERATOR: :-)

  7. March 14th, 2008 | 11:07 pm

    Hello from Turkey! My Indonesian is not good but is seem like a very nice web site, thanks

  8. kazami
    July 28th, 2008 | 8:55 am

    Hi Mr Nice Turkey!
    we are Malaysian lah…not Indonesian.
    Thanks to see us here.
    Come to visit Malaysia 2008!!

  9. ijeda
    November 18th, 2009 | 8:22 pm

    g,luck LD. tambahkan lgi info mgnai drift pntai timur..n msih bnyak lgi team yg anda blum ketahui. ade info kasi tau k.. taniah!!!! Ld sudah maju dri sukan pmotoran.. :) ijeda ” S.D.A”

Leave a reply