LD Blog 01:Cerita Di Sebalik Logo kami.

 Sebenarnya,banyak logo kami dah sketch.Sampai nak pecah kepala otak.Maklumlah nak dapatkan kelainan dari team2 lain.Bincang punya bincang, hah! inilah hasilnya…

Jadi,kami ingin memulakan siri cerita ini dengan maksud tersirat di sebalik nama dan logo kami itu.

Yang Pertama:
LEKOR = Kami bermula di Terengganu.Apa yang membuat orang kenal dgn Terengganu? Keropok lekornya laaa…Sebut je kopok lekor,ingat Terengganu.Sebut Terengganu,teringat kat kopok LEKOR :-)
Satu lagi,lekor ni biasa membawa erti keadaan yang tidak lurus @ bengkang-bengkok.Cth ayat: ” Nomura,jalan ke rumah kau ni berlekor-lekor lah,pening aku di buatnya!” Jadi,nak dikaitkan dengan drift,cuba anda ingat cerita Initial-D.Pasti kalian tahu maksud kami…

Yang Kedua:
SEAKAN HURUF ‘D’ TERBALIK DI LOGO = Tu sebenarnya bukan huruf ‘D’,tapi bayangan sebuah keadaan jalan seperti di ‘U’ turn.Apa kaitannya? Hah,keadaan jalan macam tu lah biasanya aksi DRIFT dapat dipamerkan oleh drifter.Jadi itu adalah satu unsur yang kuat cuba kami maksudkan.

Yang Ketiga:
SEAKAN HURUF ‘L’ DAN ‘d’ DI LOGO = Itu berkaitan dengan nama team kami.Lekor Drift.

Yang Keempat:
WARNA KUNING = Ia adalah satu warna biasa dalam sukan permotoran.Ia lebih membawa maksud ‘Racing’.Racing yang beretika,bermatlamat dan ceria.Tiada unsur pertaruhan dalam sukan malah ia lebih ke arah ‘Extreme Recreation’.

Yang Kelima:
WARNA HITAM = Itu simbol nekad,tekad dan matlamat kami.Akan kami perjelaskan pada kalian semua pada blog yang mendatang.

Itulah serba sedikit buat permulaan kami di episod kali ini.Ia juga sebagai tanda pengenalan diri kami bagi pihak Lekor Drift.com.Dengan kelapangan masa,kami akan bawa kalian semua ke episod seterusnya.Iaitu LD Blog 02 :Drifter LD Team. see u… ;-)

ZAMBROTA.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Comments

  1. khairul
    January 6th, 2008 | 11:12 pm

    woh..ho..
    kreatif gak korang ni yek
    good job 2x !!
    teruskan perjuangan kalian.

    MODERATOR: Alamak! jangan la UP lebih2 bro…nanti oversteer pulak kitaorang:-) Anyway,tq for yr support.
    Perjuangan Belum Selesai…He..he..he

Leave a reply