LD Blog 18: Akademi Drift WYM dilancarkan.
Pada 15 Ogos 09 yang lepas, WYM Goodyear Dungun telah melancarkan Akademi Drift WYM untuk mereka yang berminat memulakan asas2 sukan drift.
Akademi akan dijalankan oleh tenaga pengajar professional yang dijemput khas oleh Akademi Drift WYM. Ia juga sebagai satu langkah untuk memperkenalkan lebih dekat lagi sukan drift di sekitar Pantai Timur. Memandangkan senario sukan drift di Malaysia semakin berkembang maju, LD percaya akademi tersebut dapat mencungkil bakat2 baru dari Pantai Timur.
Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka Dungun, WYM dengan kerjasama Drift-art team telah mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk membuat Demo Drift. Ianya telah diadakan di Dataran Merdeka Dungun. Sambutan yang hangat dari VVIP dan masyarakat telah menjadikan Demo berjalan dengan dengan meriah.
Inilah kali pertama pendedahan secara terbuka aksi drift di daerah Dungun. LD berharap agar aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi sebagai salah satu aktiviti riadah untuk masyarakat di Dungun.
Terima kasih kepada WYM Goodyear Dungun,Drift-art dan Majlis Perbandaran Dungun kerana membuka ruang buat peminat sukan drift. LD memang sudah lama mengharapkan aktiviti sebegitu.
Buat mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Akademi Drift WYM, bolehlah menghubungi:
- Faisal (WYM Goodyear), 019-9399393
Maklumat senarai kereta dari Drift-art; A31 Nissan Cefiro, S15 Nissan Silvia dan RX7 Mazda.
Maklumat kereta akademi drift WYM; KE70 Toyota Corolla (4AGE 16V engine)
lekordrift.com










































Hai.. Saya pelajar Sabah, belajar kat Kelantan. Hari tu saya ada nampak WYM buat aksi Drift.. saya terpikir, kenapa kat tempat saya tak ada orang ajar Drift sebab saya nak sangat belajar Drift. pernah try nak drift tapi kemalangan. kalau sudi nak ajar, tolong la email. Rampage_Car@yahoo.com