Archive for January, 2010

Mempelajari Teknik Asas Drift Bersama WYM Drift Academy.

 

www.lekordrift.com

LD Blog 21: Lekor Drift Enterprise.

Salam Tahun Baru 2010!

Walaupun sudah melepasi beberapa hari dalam tahun baru 2010, masih tidak terlambat untuk LD mengucapkan Selamat Tahun Baru buat pembaca setia LD Blog. Semoga tahun ini kalian dapat sesuatu yang bermanfaat dari azam yang baru.

Sempena dengan tahun baru ini, LD telah mengorak setapak lagi ke arah team yang berprofil,berorganisasi dan bermatlamat. Bermula tahun 2010, Lekordrift Team akan dinaung di bawah Lekordrift Enterprise (CA0158815-U). Ini kerana LD telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat yang berteraskan permotoran dan seumpamanya.

Maknanya, LD adalah sebuah syarikat dan di bawahnya mempunyai sebuah team drift yang berpangkalan di Pantai Timur. LD akan berurusan dalam dunia drift secara berorganisasi bagi mencapai Visi kami.

Buat pengetahuan umum, LD Enterprise akan menjalankan aktiviti2 seperti berikut:

  • Pembangunan sukan drift.
  • Drift roadshow.
  • Pengurusan acara sukan permotoran.
  • Membekal alat ganti ‘oldskool’.
  • Cenderamata.
  • T’shirt dan alatan sukan permotoran.
  • Fotografi.
  • Pengiklanan.
  • Videografi.

Selepas pada ini, kami akan berurusan secara rasmi dan teratur. Pembaharuan ini juga merupakan azam tahun baru LD untuk merubah pentadbiran agar lebih berorganisasi.

Untuk menjalinkan kerjasama atau pertanyaan berkenaan LD Enterprise, boleh menghubungi:

  • Azmi 017-9005510 : Presiden
  • Zam 012-9566598 : Setiausaha

Akhir kata Selamat Tahun Baru dari warga LD Enterprise - LD Drift Team:

  1. Kazami - Drifto Rodeo
  2. Zambrota - Drifto Zona
  3. Amri - Drifto Datto
  4. Apis - Drifto Setta
  5. Kifli - Drifto Otai
  6. Alim - Drifto Killo
  7. Duwe - Drifto Scooby
  8. Wadi - Drifto Wadio
  9. Lie - Drifto Le-O
  10. Cik Zal - Drifto Zallo
  11. Muha - Drifto Muhawk

www.lekordrift.com