Archive for November, 2009

Formula Drift Malaysia 2009-Result!

Buat peminat Drift Se-Malaysia,

FD Malaysia 2009.-Keputusan

Champion: Tengku Djan (Malaysia) – Team Bridgestone Malaysia
Runner up: Sak Nana Kiki (Thailand) – Team PTT
3rd place: Mike Whiddet (New Zealand) – Team Goodyear Malaysia

Beberapa paparan buat tatapan dihari tersebut. Kami dari pihak Lekordrift selaku wakil dari Pantai Timur mengucapkan tahniah buat Tengku Djan di atas kejayaan buat pertama kalinya Formula Drift di Malaysia. Lebih manis lagi, kejayaan berharga selaku tuan rumah.

SYABAS MALAYSIA DRIFT KING ! - TENGKU DJAN.

Ingin tahu tentang Formula Drift, layari www.formuladrift.com.my

 

LD Blog 20: Liputan Terengganu City Night Event Okt 2009.

Pada 24 Okt 2009 yang lepas, LD telah menyertai Driftkhana sempena Terengganu City Night Event. Ianya telah dianjurkan oleh Persatuan Sukan Lasak Negeri Terengganu.

Kereta yang menjadi wakil kali ini ialah si Babil (Yellow Ke70 4AGE 16v) yang menjadi kepunyaan En.Harista a.k.a Drifto Setta. Manakala, pemandunya ialah En.Kazami a.k.a Drifto Rodeo.

Walaupun LD tidak mendapat tempat yang agak memberansangkan, namun ianya pengalaman berharga buat team. Apapun, LD akan mencuba lagi dan memastikan mendapat tempat yang terbaik pada event yang akan datang. Event ini akan diadakan sebulan sekali. InsyaAllah, jika dijemput sekali lagi, LD akan menyertainya.

Juga. terima kasih kepada pihak WYM Goodyear Dungun kerana telah bekerjasama dan ’sponsor’ beberapa barangan buat LD team. :-)

Event berakhir dengan selamat. Terima kasih buat member2 yang datang memberi sokongan bersama ahli keluarga. Buat pit kru, kerjasama kalian amat dihargai. Buat jokey (Kazami), cuba lagi dilain event. Pengalaman adalah jalan kepada kejayaan!!!

TCNE, nantikan kemunculan semula LD dengan semangat yang baru!

Gambarannya:

 

Videonya:

- Under Construction -

LD Blog 19: Liputan Drift Show di TATIuc.

- Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf di atas kelewatan kerja2 ‘updating’ blog. Kesulitan amat dikesali disebabkan faktor2 yg tidak dapat dielakkan -

 

Pada episod kali ini, kami ingin memaparkan aktiviti terbesar LD selepas berehat Hari Raya tempohari pada 09 Okt 2009.

Kami telah dijemput untuk memeriahkan lagi TATIuc Autoshow sempena Hari Konvokesyen TATIuc yang ke-3. Terima kasih kami kepada pihak TATIuc kerana memberi peluang kami untuk mempersembahkan  ‘Drift Show’ buat julung2 kalinya pada masyarakat tempatan.

Ianya juga turut disertai wakil dari WYM Drift Academy. Terima kasih kerana bersama2 kami. :-)

Semuanya berjalan dengan selamat dan berjaya. Terima kasih kepada member2 LD yang turut sama menjayakan ‘Drift Show’ itu. (Berkonvoi dan Pit stop kru).

Diharap, kita dapat bertemu lagi pada TATIuc Konvokesyen yang ke-4.

Inilah gambarannya:

 

Videonya:

- Under Construction -