Archive for August, 2009

LD Blog 18: Akademi Drift WYM dilancarkan.

Pada 15 Ogos 09 yang lepas, WYM Goodyear Dungun telah melancarkan Akademi Drift WYM untuk mereka yang berminat memulakan asas2 sukan drift.

Akademi akan dijalankan oleh tenaga pengajar professional yang dijemput khas oleh Akademi Drift WYM. Ia juga sebagai satu langkah untuk memperkenalkan lebih dekat lagi sukan drift di sekitar Pantai Timur. Memandangkan senario sukan drift di Malaysia semakin berkembang maju, LD percaya akademi tersebut dapat mencungkil bakat2 baru dari Pantai Timur.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka Dungun, WYM dengan kerjasama Drift-art team telah mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk membuat Demo Drift. Ianya telah diadakan di Dataran Merdeka Dungun. Sambutan yang hangat dari VVIP dan masyarakat telah menjadikan Demo berjalan dengan dengan meriah.

Inilah kali pertama pendedahan secara terbuka aksi drift di daerah Dungun.  LD berharap agar aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi sebagai salah satu aktiviti riadah untuk masyarakat di Dungun.

Terima kasih kepada WYM Goodyear Dungun,Drift-art dan Majlis Perbandaran Dungun kerana membuka ruang buat peminat sukan drift. LD memang sudah lama mengharapkan aktiviti sebegitu.

Buat mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Akademi Drift WYM, bolehlah menghubungi:

  • Faisal (WYM Goodyear), 019-9399393

Maklumat senarai kereta dari Drift-art; A31 Nissan Cefiro, S15 Nissan Silvia dan RX7 Mazda.

Maklumat kereta akademi drift WYM; KE70 Toyota Corolla (4AGE 16V engine)

lekordrift.com

 

 

LD Blog 17: LekorDriftKhana Special Trial - By TOCC

Pada 24 Julai 09 lepas, pihak TOCC telah beramai2 datang menyerang trek LD. Dengan kekuatan 23 buah kereta, mereka telah berkonvoi dari Kuala Terengganu. Fuhh…macam nak berperang bila tengok diorang berkonvoi.

Ini adalah kali pertama mereka berkunjung ke trek LD untuk sesi latihan dan suai kenal. Lebih kurang jam 3.30 petang, mereka telah sampai.

 

 

Namun begitu, cuma beberapa buah kereta sahaja yang telah membuat sesi latihan. Sesi kali ini telah menggunakan format Lekordriftkhana. Ia juga sebagai ‘Special Trial’ untuk Lekordriftkhana event.Mereka telah menyambut baik format tersebut.

 

 

Sesi latihan bermula jam 4.30 petang dan telah berakhir jam 6.30 petang. Alhamdulillah, program berjalan dengan selamat dan tiada apa2 insiden yang berlaku.

 

 

 

 

 

 

 

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada pihak TOCC yang sudi bertandang,bersuai kenal lebih dekat lagi dengan Lekordrift dan mencuba trek Lekordriftkhana. Kami berharap agar suasana begini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Mungkin kita akan berjumpa pada event yang sebenar nanti. InsyaAllah.

Juga terima kasih kepada kru2 LD yang bekerja kuat bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Kami pun tak nak cakap banyak. Layan gambar dan videonya…Arioss…

lekordrift.com

LD Blog 16: LekorDriftKhana 2nd Trial - By LD

 Pada 17 Julai 09 lalu, secara privasinya 2nd trial untuk event produk LekorDriftKhana telah selamat dijalankan.

Kali ini ia bertujuan untuk untuk mendapatkan laluan trek yang betul2 sesuai berbanding pada 1st trial yang lalu. Kehadiran seramai 3 orang dan ia berjalan dengan lancar. Cuma sebuah kereta sahaja yang terlibat untuk 2nd trial.

Trek telah dipersetujui oleh Presiden. Rancangan selepas ini adalah untuk menjemput/ menerima lawatan dari team luar untuk tujuan trial dan kesesuaian.

Rancangan yang terdekat ialah menerima lawatan dari pihak Drifter K.Terengganu (Team TOCC) pada 24 Julai 09. Trial khas untuk LekorDriftKhana dari pihak TOCC dijangkakan pada hari tersebut .

Terima kasih kepada member yang terlibat pada 2nd trial tersebut (Drifto Zona-Zambrota, Drifto Rodeo-Kazami dan Drifto Scooby-Duwe)

Jumpa pada episod akan datang iaitu Trial Khas bersama TOCC.

Jom layan apa yang ada pada 2nd trial dari LD. Arioss…

www.lekordrift.com

 

Video ekslusif pada hari tersebut. (pandangan dalam kereta)