Archive for July, 2009

LD Blog 15: Latihan Formal Asas Drift-Drifto Otai

 Apa kabo? Lama dah tak update blog ni.

Memang agak sibuk dalam bulan Jun yang lepas. Maklumlah, kilang tempat kami bekerja melakukan penyelengaraan major. Kerja pun masuk shift. Drift pun kena freeze sebulan :-(

Fuhh lega. Sekarang dah boleh drift balik. Lepas la gian…:-)

Pada 3 Julai yang lepas, LD praktis kembali dengan perasaan yang segar bugar. Secara tertutup, praktis basic buat team LD. Kali ni ianya dibuat mengikut format sebenar basic drift dan ia dilakukan secara formal.  Ini kerana, kami mementingkan kemahiran drift mengikut asas yang sebenar sebelum maju ke stage yang lebih mencabar. Apa yang penting ia direkodkan dalam fail LD.

Kali ini, kami melatih ahli yang baru menerima kepulangan KEnya dari N.Sembilan-Mr. Kifli (Drifto Otai). Secara keseluruhannnya, beliau dapat memulakan sesi latihan dengan baik walaupun ianya tidak dapat diteruskan kerana masalah teknikal. Beliau, telah mendapat sokongan yang semangat dari ahli keluarga. (satu MPV turun trek) :-)

Manakala Halim (Drifto Killo) tidak dapat meneruskan dari awal sesi kali ini kerana masalah water pump. Namun, kami respect dengan semangatnya yang berkobar2.

Terima kasih kepada Halim (Drifto Killo), Kazami (Drifto Rodeo) dan Zambrota (Drifto Zona) kerana kehadiran pada hari tersebut.Serta krew2 UG Garage. Jumpa lagi pada praktis seterusnya.

Layan….

 

GAMBAR TERBAIK HARI TERSEBUT (Pit kru cilik LD !!!)