LD Blog 14: Lekordrift Product Trial - Lekordriftkhana!
Jumpa lagi…Apo kabo??
Selepas mengkaji,menilai dan memerah idea, akhirnya kami berjaya menguji ‘prototype’ produk terkini Lekordrift. - LEKORDRIFTKHANA !
“LEKORDRIFTKHANA Info -
1) Ia memberi peluang kepada beginner2 drifter yang menggunakan enjin ’standard’ untuk beraksi dan mencari pengalaman dalam event drift.
2) Mengasah skill asas drift dalam bentuk format event.
3) Treknya yang direka khas agar memberi cabaran dan menguji tahap penguasaan yang maksimum buat mereka2 yang berkemahiran tanpa memerlukan sebuah kereta yang berkuasa tinggi.
4) Sebagai satu alternatif buat drifter2 standard yang berasa tercicir dengan format2 event drift yang berada di pasaran kini.
5) Sebagai satu tapak permulaan untuk drifter2 mengasah bakat terpendam dan memasuki event2 dan liga2 drift di Malaysia.
6) Ianya berdasarkan format Autokhana, tetapi ia lebih kepada aspek drift dan markah pada ‘angle’ di setiap drift point.
***********************************************************
Pada 16 May lepas, bertempat di Trek LD, Lekordriftkhana Trial Session berjalan dengan lancar. Namun begitu, terdapat juga beberapa masalah dan insiden minor yang menguji naluri kesukanan para2 LD drifter. Tapi, objektif perlu diteruskan walau apa pun yang melanda. Chewahhh…
Ujian ini dibuat secara tertutup kerana faktor keselamatan dan kelancaran sesi ujian ‘prototype’ tersebut. Mereka yang terlibat ialah Harista, Kazami, Zambrota dan Halim. Terima kasih juga kepada VIP guest iaitu ahli keluarga drifter, Serol TNB dan Sheikh MPK kerana sudi meluangkan masa.
Hari tersebut juga merupakan sesi terakhir sebelum bercuti panjang kerana akan sibuk dengan xtvt Plant Turnaround (susah nak explain
Inilah kerja kami).
Keseluruhannya, berjalan sempurna. Cuma sedikit malang untuk Harista kerana masalah teknikal kereta yang tidak dapat dijangka. Ia telah membantutkan sesi ujian buat Babil (Buah hati Harista).
Berjumpa lagi pada bulan Julai. InsyaAllah… 2nd trial Lekordriftkhana. Juga, Event Lekordriftkhana akan menyusul buat drifter2 Pantai Timur.
LAKARAN TREK SECARA CAKAR AYAM:

GAMBAR2:






VIDEO2 (maaf kualiti kurang menarik):
Kazami
Harista
Zambrota
Comments(5)








