Archive for April, 2009
LD Blog 13: Liputan Khas ke TOCC.
Pada 3 Apr 09 yang lepas, pihak kami secara tidak dirancang telah berjaya membuat liputan mengejut ke tapak latihan TOCC (Terengganu Oldschool Car Club) yang bertempat di Stadium SMZA, Kuala Terengganu.
Wakil LD yang telah membuat liputan ialah Kazami dan Zambrota. Walaupun ianya tidak dirancang, namun kehadiran kami telah disambut mesra oleh team TOCC. Terima kasih kepada Mr.Fizza, Mr.Ya dan lain2 yang kami temui. (Maaf kami tidak ingat nama semua ahli TOCC
)
Sempat la juga kami mengambil beberapa foto sebagai liputan rasmi dari pihak LD. Setelah menyaksikan dan menikmati sesi latihan drift TOCC, kami bergerak untuk sesi TT sebagai penutup untuk liputan kami. Banyak info2 dan aktiviti2 terkini drift antara LD dan TOCC telah dikongsi secara interaktif melalui Laptop semasa TT tersebut. Juga event2 yang bakal berlangsung yang akan dianjurkan oleh TOCC. InsyaAllah, pihak LD akan cuba memeriahkan aktiviti sukan drift di Terengganu bersama pihak TOCC.
Akhir kata, terima kasih kepada pihak TOCC di atas layanan yang telah diberikan. Kami menghargai usaha kalian semua. Semoga drift terus meluas dengan suasana yang sihat dan bersemangat di Pantai Timur.
Kita layan foto2 semasa liputan tersebut:
Sesi Latihan
Sesi TT time (Teh Tarik)
Mr.Zakaria @ Pok Ya
(baju merah)
Mr.Fizza
Bonus! Video Xklusif TOCC bersama crew ASTRO
LEKORDRIFT.COM
Comments(4)








