Archive for February, 2009

LD Blog 11: Kemaman Auto Extreme Machine 2009.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kemaman Auto Extreme Machine telah pun melabuhkan tirainya pada 15 Feb’09 yang lepas. Misi kami telah terlaksana dgn jayanya. Dengan semangat yang ada, kami telah berjaya  membawa pulang kenangan yang manis tanpa apa2 harapan pada mulanya.

Misi sebenar kami ialah untuk memperkenalkan secara lebih dekat/langsung pada komuniti Kemaman akan kewujudan LEKORDRIFT yang membawa satu fenomena baru dalam sukan permotoran di Terengganu. Fenomena ‘Sukan Drift’.

Idea untuk masuk Autoshow adalah datang dari LD Presiden-Kazami. “Ini peluang kita untuk bertemu dgn komuniti” katanya. Tanpa berfikir panjang kami sepakat untuk menmanfaatkan peluang tersebut. Segala perancangan pun bermula.

Cara terbaik untuk memberi maklumat kepada masyarakat ialah dengan memberikan broshure/phamplet. Kami berjaya menyiapkannya untuk dibawa ke Kemaman.

Persiapan selebihnya telah dibereskan oleh Kazami. Beliau telah membuat kejutan dgn poster LEKORDRIFT yang bersaiz agak memeranjatkan ‘tuan punya kereta’.

LEKORDRIFT cuma menghantar sebiji kereta sahaja. Ini adalah kerana kereta2 yang lain masih berada di bengkel.

Sambutan dari pengunjung tempatan memang menggalakkan. Walaupun hari Ahad (Ahad Terengganu kerja) . Rata2 mereka yang berkunjung ke tapak show LEKORDRIFT agak terkejut dgn kehadiran kereta drift sebenar dalam autoshow.Kalau nak diikutkan, kereta kami yang otai. Mana tidaknya, keta tahun 80an masuk show dgn kereta2 generasi terkini. Apapun, inilah pendedahan yang masyarakat perlu tahu bahawa kereta2 lama bukan duduk rumah makan duit pencen,tapi masih gagah beraksi drift. :-)

Kenangan manis? Kami tak sangka lansung untuk mendapat tempat dalam top 3 kategori Open Standard. Alhamdulillah, kalau dah rezeki tak ke mana, kami mendapat tempat ke-3. Memang sesuatu yang manis bagi wakil LEKORDRIFT pada hari tersebut. Namun begitu, kami mengharapkan nasib yang sama pada event2 drift pula. Ini yang paling manis kami inginkan pada masa akan datang.

Apapun, secara keseluruhan kami berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak penganjur. Harap2 dapat sertai lagi kalau ada.

Akhir kata, di kesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada:

Secara lansung:-

1) Wakil LEKORDRIFT (Kazami,Harista dan Zambrota)

2) Penganjur - Majlis Perbandaran Kemaman dan Leader Motorsports.

3) Sponsorship - Street Division Auto Kuantan,Mr.Ijan.

4) Konvoi team - Kaizen East Coast Motorsports,Mr.Amin.

Secara tidak lansung:-

1) LEKORDRIFT team member.

2) Pengunjung fanatik - Mr.Firdaus (D1 otai), Mr.Sheikh (MPK).

3) Pengunjung2 tapak show LEKORDRIFT.

Jumpa lagi team LEKORDRIFT pada drift show pula!!! (Kalau MPK ada anjur la…)

Kita layan gambaz sampai lebammm…Layannn…

lekordrift.com