LD Blog 06: 2nd LD & Kuantan Drifter Drifting.
Apa kabau? Baik2 hendak-Nya.
Sekejap je rasanya masa berlalu. Kini kami nak bercerita pulak pasal pertemuan kali kedua bersama Kuantan Drifter di LD Track. Pada 12 hb Julai lepas, dengan jayanya kami bersama lagi mengadakan sesi latihan formal.
Kali ini, 2 buah kereta drpd Kuantan hadir. Pada mulanya mereka ingin bersama dengan 3 buah kereta,tetapi atas faktor2 yg tak dapat dielakkan, cuma Ijan (KE70 putih) dan Mr.Shark (Corona orange) je yang dapat datang. Mereka membawa bersama peminat2 dr Kuantan bagi megempakkan lagi sesi latihan tersebut. Dari pihak LD Team, Zambrota (KE70 merah) dan Amri (120Y GreenDay) sahaja yang dapat mewakilkan diri kali ini. Sayang bagi Kazami kerana WAWAnya ada masalah dgn absorber. Manakala Hafis, masih menunggu keretanya siap selepas baru sahaja membeli sebuah KE86.
Secara keseluruhannya, sesi berjalan dgn lancar dan meriah. Ditambah pula dengan kehadiran para peminat di sekitar Kerteh. Walaupun ini kali kedua kami mengadakan latihan formal, kehadiran masyarakat umum amat memberansangkan.
Terima kasih kepada Kuantan Drifter yang sudi sponsor makan tghari dan minuman ketika sesi dijalankan. Apapun, kami berharap dapat bersama2 lagi utk sesi latihan seterusnya pada masa akan datang. Terima kasih juga kpd supporter. Jumpa lagi pada sesi ke-3 akan datang!!!…
Kita layan videoklip sesi tersebut. Zassssss…….
LEKORDRIFT.COM
Comments(4)








