Archive for April, 2008

LD Blog 04: LD New Track Approved!!!

Apa kabo kalian semua? Moga sentiasa tersengih je ari ni :-)

 Macam kami gak kat sini, tak abis lagi tersengih2. Apa cerita beb? Tu la tak sabo rasanya nak share apa yang kami dah DAPAT….Tengok tajuk kat atas pun korang boleh tangkap punya..

Ha..laa… LD New Track Track Approved! (sori speaking sikit). Maksudnya disini, permohonan kami utk guna track buat training sudah diberi kebenaran oleh tuan punya tanah. Pada awal bulan April yang lepas track to dah approve.

Buat masa ni, kami baru mulakan kerja2 setup track. Pasang tayar lama kat tiang lampu,prepare CONE,plan track layout dan beli barang2 utk track. Kalau ikut plan, kami akan first trial test track selepas faktor2 keselamatan track dah siap. Apapun SAFETY FIRST!

Lokasinya? Fuh…memang special. Dekat dgn tpt kerja kitaorang. Kalau sesiapa pernah ke Terengganu, pasti lalu kat kawasan kilang minyak PETRONAS. Hah, kat situlah….Kami memang amat2 berterima kasih kepada pihak tuan tanah diatas jasa baik dan memahami semangat sukan permotoran yang amat pantas berkembang di Malaysia masa kini.

Itulah yang kami dapat share pada kalian semua. Sementara menunggu WAWA pulang, terpaksalah BOBOY test track tu nanti sorang2.

Kalau korang ada masa, tengoklah liputan dari drift.com.my atau angle-d5.com pasal ASIA PASIFIC DRIFT OPEN. Memang ganaz event tu. Mana tidaknya, Drifter Jepun KAWABATA dan Kuroi (Team TOYO) datang beb…Biasa tgk dalam DVD je. NI kat depan mata diorang punya action. Membara semangat Drift dibuatnya…

So, jadikan hari ini hari yang ceria bersama teman hidup kalian. See u next blog…

LEKORDRIFT.COM

‘Rules Of Unlimited’

 

 

Info: Harga Runtuh!

PENGUMUMAN: HARGA RUNTUH!!!

 BUAT PELAWAT KAMI, KINI HARGA EBOOK PERTAMA KELUARAN LD SHOP IAITU ‘PANDUAN MUDAH URUSAN JPJ’ TELAH DITURUNKAN KE HARGA GILA2. IA JUGA SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KAMI KEPADA ANDA.

HARGA ASAL RM19.90, KINI CUMA RM9.90 SHJ. HEBAT! HEBAT!…..JADIKAN URUSAN ANDA LEBIH MUDAH…DAPATKANNYA DARI KAMI.

BAIK PUNYAAAAA……..

         NOW RM 9.90 ONLY !

LD Blog 04: Dorifto break time…

 Agak lama kami bercuti dari xtvt latihan drift. Yela, mana tidaknya, our dorifto machine kini dalam proses menaik taraf spec. Cerita tentang keta Kazami, wawa (nama manja keta dia…) dia ada kat kuantan. Masih lagi dalam kerja2 ubahsuai chamber dan caster. Pastu ditambah lagi dengan kerja2 tukar ganti ‘differential’, tukar rim, kembangkan ‘makgat’, stereng rod dan macam lagi la. Pendek kata, macam2 hal la…. Rasa tak sabo nak tgk hasilnya. Nanti kalau dah siap, kitaorang tampal gambonya kat sini.

Keta aku (Zambrota) pulak, upgrade dari aspek aksesori je. Kata orang ‘rezeki anak2′, minggu lepas bende yg aku idam2kan telah menjadi milik aku. Apakah bende tu? “Lu pikir la sendiri……” (ungkapan kata2 Nabil Rajalawak). Sori gurau je, bende tu ialah ‘bucket seat’. Seat aku dapat secara tak dirancang tu…. Member kat tpt keje aku offer nak jual murah2 punyer. RECARO beb!!! Tanpa banyak soal dan budget yang dah ada, aku SEBAT dengan rasa yang ikhlas di hati. Hue..hue..hue…So aku dah ada bucket seat NOW. Satu lagi bende, stereng ‘quick release’. Kacuk dgn stereng MOMO offset aku, halamak! mcm tak percaya jer…

Sementara Boboy (nama manja keta Zambrota) menunggu Wawa pulang. Aku pun off dari training. Maklumlah,biasa berdua. Kini berkeseorangan. Air sampai kat kepala dah beb…..(faham2 jela) :-) So, kerja2 pembersihan interior body dilakukan. Segala kulit dan pelapik anti rust habis dibuang. Plan nak cat putih dan nak buat smart & simple mcm HachiRoku TDjan.

Itu cerita pasal keta. Cerita pasal kitaorang pulak, tadi baru je tgk tapak baru untuk training. Masih dalam stage proposal dengan tuan punya tapak. Kitaorang dah serahkan surat permohonan. So,tunggu dan lihat apa feedback mereka. Tempatnya? Kami rahsiakan dulu sebab ianya masih lagi dalam permohonan. Apapun,kalau jadik memang gempak beb….Boleh dikatakan agak luas tapak tu. Kita akan masuk ke Stage Medium Speed Drift dan actual drift track.

Ini adalah salah satu ‘Goal’ kami utk tahun 2008 iaitu mencari tapak luas utk training. Harap2 kami dapat capai target itu. Semoga ianya akan berjaya atas nama LEKORDRIFT. Memang banyak halangan2 dan sindiran yang kami lalui setakat ini. Apapun, semangat Dorifto Kamekaze takkan pudar sama sekali. Apa yang kami dapat lakukan ialah, kami akan sedaya upaya buat ‘derk’ aje dgn bende2 tu.

So, jumpa lagi lain kali dengan topik2 yang “Baikkkk Punyaaaa”. Jumpa lagi. Babai…
LEKORDRIFT.COM