Archive for February, 2008

LD Blog 02:Drifter LD Team.

Apa khabar para pengunjung? Semoga sukses ari ini…

 Ini adalah episod ke-2 LD blog. Kali ini kami ingin dedahkan secara official Drifter LD Team. Di LD Team,kami masih lagi belum mempunyai drifter yang ramai. Buat masa ini,2 orang sahaja yang bergerak secara serius membawa panji perjuangan DRIFT di area kami. Walaupun begitu,mereka yang menyokong perjuangan ini,sungguh membanggakan LD Team.
Di Terengganu,jarang kami ketemui drifter2 yang aktif. Agak susah kami mencarinya atau terserempak. Di internet pun,takde pulak mana2 team yang ada Web rasmi cerita pasal drift kat area Pantai Timur. Takpelah,harap2 dengan adanya Weblog kami ini,lebih ramai drifter dari P.T akan menonjolkan diri.
Usaha mencari dan mempromosi sukan drift di P.T akan kami cuba laksanakan. Kalau ada rezeki,kami akan jemput team2 otai drift malaysia ke ke P.T. Contohnya seperti Angle-D5.
Baiklah,kita lupakan dulu senario itu.Apa kata kita berkenalan dengan drifter dari LD Team…

  • Drifter Pertama

BIODATA DRIFTER:
Nama: Khairul Azmi Mahat a.k.a Kazami
Umur: 28 thn.
Asal: Bukit Katil,Melaka.
Status: Berkahwin.
Tahap peguasaan Drift: BEGINNER.
Komen mengenai sukan drift: Sukan Drift ialah ‘Extreme’, itulah yang saya suka. Secara tak langsung ia juga meningkatkan kecekapan tahap pemanduan harian saya menjadi pemandu yang lebih yakin dan berdisiplin. ” DRIFT A STEP AHEAD !!!”

BIODATA KERETA:
Model: Datsun 140Y.
Kod chassis: B310.
Tahun buatan: 1980.
Kapasiti enjin: 1.4 liter Stock Std with modified.
Kod enjin: L14.
Spesifikasi Drift: Fully Welded Differential and hard lowered.

  • Drifter Kedua

BIODATA DRIFTER:
Nama: Zamanee Aman a.k.a Zambrota
Umur: 28 thn.
Asal: Kota Tinggi,Johor.
Status: Berkahwin.
Tahap penguasaan Drift: BEGINNER.
Komen mengenai sukan drift: “DRIFT, inilah masanya tahap skill pemanduan saya dicabar”. Ia bukan cerita tentang kekuasaan enjin semata2,Tetapi gaya kawalan kereta yang berseni dan indah. DRIFT ‘R’ US….

BIODATA KERETA:
Model: Toyota Corolla KE70 liftback.
Kod chassis: KE
Tahun buatan: 1980.
Kapasiti enjin: 1.3 liter Stock Std with modified.
Kod enjin: 4K   .
Spesifikasi Drift: Fully Welded Differential and hard lowered.

________________________________________________________________________________

Anda semua kini sudah berkenalan dengan LD drifter. Itulah jentera2 kami yang membawa kami ke dunia DRIFT. Nanti kita berkenalan lebih lanjut tentang latar belakang kami dan keluarga pada episod LD Blog 03: Kazami dan Zambrota life.
Saksikan pose2 menarik dari LD team car yang mana penggambaran ini dibuat disuatu tempat yang ‘misteri’. Apa yang penting, kereta drift ini yang telah menyambut kepulangan kami dari angkasa. (Lihat lah roket yang besar itu) Enjoyyyyy……..

LekorDrift.com

 

 

 

 

 

Galeri 02: LD team at UIA speed gala DRIFT!

 Berjumpa lagi para pelawat semua,

  Pada hari Ahad 27 JAN 2008 yang lepas, LD team telah menghantar 2 orang wakil (spectator) ke GOODYEAR speed gala di UIA,Gombak. Kazami+keluarga dan Zambrota telah menjadi wakil pada kali ini. Ini sebagai satu tirai sejarah kalendar LD team untuk tahun 2008.Apa pun memang gempak kali ini. Mana tak gempak, johan kategori Expert telah didominasi keta oldskool (KE70).

Berjaya mengalahkan salah sebuah keta team Goodyear.Manakala drifter otai (Ah Fai) telah kecundang di saat akhir. (Mungkin diorang saja je kot…) Keseluruhnnya,LD team berpuas hati dengan kunjungan ke event pada kali ini. Oleh itu,kita layan buah tangan yang dapat dibawa pulang dari UIA. Layannn….zasssss….

  • Gambau2 yang ditangkap siPaparazzi:

          

Ini gambar bersama LD supporter ;-) dari K.L
(Dari kiri: Zambrota,Mr.PT (parang terbang),Kazami+Qaira (anak) dan Aniff.

Untuk lebih lagi galeri gambar LD, bolehlahke:
http://s124.photobucket.com/albums/p35/kazami140Y/

Untuk video pula, kami masih dalam proses edit. Nantikan video UIA drift kategori Novis akhir dan Expert akhir. Tungguuuuu….

LekorDrift.com

  Dapatkan SEKARANG RM 19.90 shj.