Alhamdulillah, dengan izi-Nya, LD telah berjaya menganjurkan program tersebut dengan selamat dan berjaya.
Pada 20 Feb 2010, satu lagi sejarah telah tercipta dalam penganjuran sulung sebuah program bersama masyarakat. ‘Promosi Teknik Asas Sukan Drift’.
Program ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh Lekor Drift Enterprise dan WYM Goodyear Dungun.
Objektif utama program tesebut adalah:
Menimba pengalaman bagaimana menguruskan sebuah program yang melibatkan masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan. - Memang betul2 mencabar bila banyak pihak yang LD perlu jumpa.
Mendedahkan secara lansung kepada masyarakat sebuah sukan permotoran yang semakin diminati ramai iaitu Sukan Drift. - Ramai yang terpegun bila tengok live berbanding dalam T.V.
Mendedahkan kepada peminat atau bakal2 drifter mengenai Teknik2 Asas yang betul sebelum melangkah lebih jauh mengenai kemahiran Sukan Drift.- Segalanya bermula dari asas, tiada jalan pintas untuk bergelar Profesional Drifter.
Memberi kefahaman kepada segelintir pendapat yang mengatakan Drift adalah sukan ala2 Mat Rempit. - Terbukti bahawa semua peserta mempunyai disiplin yang tinggi dan program ini dianjurkan secara sistematik bagi peminat drift yang tegar.
Mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan dalam sukan permotoran yang kurang menyerlah di Pantai Timur. - Masyarakat telah memberikan sambutan yang meriah dan ingin melihat program tersebut diadakan lagi.
Mengurangkan gejala/masalah sosial di kalangan belia setempat. - Ramai belia Dungun berminat untuk menyertai Sukan Drift.
Membuktikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bahawa belia tempatan mampu menganjurkan program yang bermanfaat kepada belia2 dalam suasana yang meriah, bersistematik dan selamat.
Mencungkil bakat2 baru dalam Sukan Drift untuk di bawa ke arena professional bagi menaikkan nama negeri2 Pantai Timur. -Wakil Pantai Timur masih lagi belum tercatat di antara Top-10 Malaysia Professional Drifter.
Mempromosi Pihak Bekuasa Tempatan sebagai badan/organisasi yang menyokong program2 permotoran. - Ibu Pejabat Polis Dungun, Majlis Perbandaran Dungun, JKKK Sura, JKR Dungun,UiTM Dungun.
Mendedahkan kepada masyarakat bahawa LD adalah sebuah organisasi yang serius menjadikan hobi sebagai salah cabang yang bermanfaat untuk belia2 setempat dan bermatlamat menghindari gejala ‘Lumba Haram’.
Seramai lebih kurang 20 biji kereta bersama LD telah menjayakan program tersebut. Sebahagiannya dari belia2 Dungun yang di ketuai oleh En. Mohd Azman. Mereka juga telah bekerjasama menyertai sebahagian daripada kru2 keselamatan pada hari tesebut.
Program tersebut dimulakan dengan aksi2 teknik asas drift seperti Bulatan/Donut dan ‘8′. Kemudiannya, format LekorDriftKhana yang menggabungkan pelbagai teknik asas dalam satu trek. LekorDriftKhana adalah penjanamaan sebuah Event Drift yang akan diperkenalkan oleh LD kepada drifter2 di Pantai Timur khususnya. Namun begitu, ianya masih di peringkat promosi kerana LD ingin memperkenalkan secara sistematik dan bermatlamat agar bakal2 drifter mempunyai arah tuju untuk Sukan Drift di peringkat permulaan.
Akhir sekali, penganjuran tersebut memberi pengalaman yang sebenar kepada LD Event Management untuk terus mencapai matlamat sebagai NGO dalam sukan permotoran Sukan Drift di Pantai Timur. Tepat jam 7.00 petang, program telah selamat ditamatkan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.
Berjumpa lagi di lain masa bersama kami. Kami akan menganjurkan lagi program ini. Untuk info terkini, kami akan paparkan di www.lekordrift.com
Terima kasih kerana menyokong LD . Jumpa lagi !
Setinggi2 Penghargaan kepada:
En.Faisal - WYM GOODYEAR Dungun
Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun
Majlis Perbandaran Dungun
JKKK Sura Hujung
JKR Dungun
UiTM Cawangan Dungun
Belia Drift Dungun
Sinar Harian
Bahana Drift Pantai Timur !
Lekor Drift Enterprise & WYM GOODYEAR Dungun
www.lekordrift.com
————————————————————-
Di antara paparan program tersebut:
Video part 01 (10 min)
Video part 02 (10 min)
Video part 03 (10 min)
Video part 04 (10 min)
Video part 05 (10 min)
Video part 06 (10 min)
Video part 07 (9 min)
TAMAT
www.lekordrift.com
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Sebenarnya, ada jugak beberapa aktiviti LD secara tertutup yang telah dibuat. Cuma, tidak dikeudarakan ke dalam blog. Oleh kerana faktor-faktor kesibukan pengurusan baru (LD Enterprise), masa agak terhad untuk kami update aktiviti2 LD.
Jadi, kami akan siarkan beberapa rangkuman aktiviti2 yang telah dijalankan sebelum ini. Bermula dari bulan November 2009 hingga Januari 2010.
Terima kasih kerana menyokong!
www.lekordrift.com
Rangkuman latihan tertutup Part01-NOV’09
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Walaupun sudah melepasi beberapa hari dalam tahun baru 2010, masih tidak terlambat untuk LD mengucapkan Selamat Tahun Baru buat pembaca setia LD Blog. Semoga tahun ini kalian dapat sesuatu yang bermanfaat dari azam yang baru.
Sempena dengan tahun baru ini, LD telah mengorak setapak lagi ke arah team yang berprofil,berorganisasi dan bermatlamat. Bermula tahun 2010, Lekordrift Team akan dinaung di bawah Lekordrift Enterprise (CA0158815-U). Ini kerana LD telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat yang berteraskan permotoran dan seumpamanya.
Maknanya, LD adalah sebuah syarikat dan di bawahnya mempunyai sebuah team drift yang berpangkalan di Pantai Timur. LD akan berurusan dalam dunia drift secara berorganisasi bagi mencapai Visi kami.
Buat pengetahuan umum, LD Enterprise akan menjalankan aktiviti2 seperti berikut:
Pembangunan sukan drift.
Drift roadshow.
Pengurusan acara sukan permotoran.
Membekal alat ganti ‘oldskool’.
Cenderamata.
T’shirt dan alatan sukan permotoran.
Fotografi.
Pengiklanan.
Videografi.
Selepas pada ini, kami akan berurusan secara rasmi dan teratur. Pembaharuan ini juga merupakan azam tahun baru LD untuk merubah pentadbiran agar lebih berorganisasi.
Untuk menjalinkan kerjasama atau pertanyaan berkenaan LD Enterprise, boleh menghubungi:
Azmi 017-9005510 : Presiden
Zam 012-9566598 : Setiausaha
Akhir kata Selamat Tahun Baru dari warga LD Enterprise - LD Drift Team:
Kazami - Drifto Rodeo
Zambrota - Drifto Zona
Amri - Drifto Datto
Apis - Drifto Setta
Kifli - Drifto Otai
Alim - Drifto Killo
Duwe - Drifto Scooby
Wadi - Drifto Wadio
Lie - Drifto Le-O
Cik Zal - Drifto Zallo
Muha - Drifto Muhawk
www.lekordrift.com
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Champion:Tengku Djan (Malaysia) – Team Bridgestone Malaysia Runner up: Sak Nana Kiki (Thailand) – Team PTT 3rd place: Mike Whiddet (New Zealand) – Team Goodyear Malaysia
Beberapa paparan buat tatapan dihari tersebut. Kami dari pihak Lekordrift selaku wakil dari Pantai Timur mengucapkan tahniah buat Tengku Djan di atas kejayaan buat pertama kalinya Formula Drift di Malaysia. Lebih manis lagi, kejayaan berharga selaku tuan rumah.
SYABAS MALAYSIA DRIFT KING ! - TENGKU DJAN.
Ingin tahu tentang Formula Drift, layari www.formuladrift.com.my
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Pada 24 Okt 2009 yang lepas, LD telah menyertai Driftkhana sempena Terengganu City Night Event. Ianya telah dianjurkan oleh Persatuan Sukan Lasak Negeri Terengganu.
Kereta yang menjadi wakil kali ini ialah si Babil (Yellow Ke70 4AGE 16v) yang menjadi kepunyaan En.Harista a.k.a Drifto Setta. Manakala, pemandunya ialah En.Kazami a.k.a Drifto Rodeo.
Walaupun LD tidak mendapat tempat yang agak memberansangkan, namun ianya pengalaman berharga buat team. Apapun, LD akan mencuba lagi dan memastikan mendapat tempat yang terbaik pada event yang akan datang. Event ini akan diadakan sebulan sekali. InsyaAllah, jika dijemput sekali lagi, LD akan menyertainya.
Juga. terima kasih kepada pihak WYM GoodyearDungun kerana telah bekerjasama dan ’sponsor’ beberapa barangan buat LD team.
Event berakhir dengan selamat. Terima kasih buat member2 yang datang memberi sokongan bersama ahli keluarga. Buat pit kru, kerjasama kalian amat dihargai. Buat jokey (Kazami), cuba lagi dilain event. Pengalaman adalah jalan kepada kejayaan!!!
TCNE, nantikan kemunculan semula LD dengan semangat yang baru!
Gambarannya:
Videonya:
- Under Construction -
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.