LD Blog 07: 3rd Stunt Practice and Tragedy.
Apa kabau? Aduyaiiiiiii…..lama bebeno kitaorang tak update blog. Sori ehhhhh……Bukannya apa, masing2 sibuk dengan kerja luar + family matter + outstation. Tambahan pulak, blog server hosting down. So, tunggu pihak server restore balik data2 pun dah mkn masa sebulan. Apapun, DRIFT must go ON… BLOG must go update….
O.k lah, pada bulan Ogos lepas, LD curi2 masa untuk formal practice. Tapi, kali ni bukanlah practice on medium speed, tapi lebih kepada Drift Stunt Show. Ni pertama kali kitaorang buat. Ye la, kadang2 perlu gak ada sesuatu kelainan yang LD boleh buat. Kalau tak dapat nak buat speed drift, dapat gak buat stunt show.(Manalah tau kalau2 ada jemputan buat drift show….)
Hari tu, takdela banyak mana lagak ngeri yg practice. Kalau nak dikira kat atas kertas, ada la 6,7 macam gaya nak buat. Cuma 2 je yang dapat buat. Lagipun, crew tak ramai yang dapat hadir.
Apa yang kitaorang interested nak share ialah hasil dari lagak ngeri yang tak berapa seram tu telah membuatkan berlakunya satu dentuman kecil yang diakhiri dengan deraian kaca. WAWA buta 2 belah mata, manakala BOBOY remuk pipi kiri. Fuhhhh….inilah Bahana Drift Pantai Timur.
Selepas post motem, keadaan kembali pulih. Kitaorang telah menklasifikasikan ianya satu kemalangan kecil. Enjin boleh hidup, tayar tak sangkut, semuanya masih lagi ON track. Namun begitu, selepas perbincangan yang serius tanpa ensiden tumbuk-menumbuk, kitaorang proceed terus ke practice gaya yang seterusnya. DRIFT must go ON….(Yela…tak teruk boleh lah go ON. Kalau teruk, NO DRIFT must go…)
Setelah berpuas hati dengan practice dan tragedi, akhirnya tamat Drift Stunt Show practice. Inilah practice terakhir sebelum masuk bulan Puasa/Ramadhan. Bulan Puasa LD freeze all practice session. Kereta masuk garage dan servis.
LD plan practice selepas Raya pada 25 Okt. 2008. Ada keizinan dari-NYA, kita jumpa di trek semula. Memandangkan blog ini ditulis pada raya ke-8, maka masih tidak terlambat utk Crew2 LD Team mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat. Ikhlas dari, Zambrota, Kazami, Harista dan Amri.
So, sambil layan kuih raya tu, jom tgk video practice dan tragedi sepertimana yang telah diceritakan di atas. See you……
p/s: Utk lebih feel, sila ON speaker.
LEKORDRIFT.COM

























Comments(2)







Apa khabar kalian? Agak lama kami tidak mencoretkan apa2 jurnal di sini (cuti berehat…..) Apapun, semoga sukses dengan apa yang anda ada sekarang ini.









